Wednesday, August 11, 2010

Kemerosotan Bahasa Malaysia...

Waima aku masih menggunakan bahasa kebangsaan setiap hari, namun sudah hampir satu dasawarsa aku tidak membaca bahan bacaan yang dicetak dalam Bahasa Malaysia. Maklumlah aku lebih berminat dengan buku-buku cerita Bahasa Inggeris yang mudah diperoleh di mana-mana kedai buku. Buku-buku dalam bahasa antarabangsa ini pelbagai jalan ceritanya dan sangat menarik pula.
Hasil karya Sharifah Abu Salem menjadi pilihan aku. Menarik sungguh ceritanya sehingga aku tidak dapat melepaskan bukunya. Semasa aku berada di bangku sekolah, aku lebih banyak membaca buku cerita Bahasa Malaysia berbanding yang dalam Bahasa Inggeris. Buku cerita Tiga Sekawan, Siri Hadi, Lima Sekawan, dan banyak lagi... tak ingat semuanya...

Hari itu, aku bersahaja membeli majalah Dewan Siswa. Hampir pitam aku membacanya... baharu sampai muka surat enam sahaja otak aku berpeluh membasahi tengkorak. Surat Editor pun menggunakan perkataan yang cukup canggih atau pun perbendaharaan aku semakin berkarat. Entahlah mana satu ya...

Kamus Dewan terpaksa dibelek untuk mendapatkan sinonim kepada perkataan-perkataan asing yang terselit di dalam petikan seperti penggunaan bahasa Arab... macam manalah aku nak tahu perkataan Arab sedangkan bahasa ibunda aku sendiri pun aku tidak dapat mengenalinya... Kesian kat aku... macam tahu dua bahasa sahaja. Nasib baiklah aku dari sekolah Inggeris dulu kalau tidak entah pula apa yang terjadi kepada aku.... semuanya separuh tong taik... apa-apa bahasa pun tidak dapat dikuasai.

Kini aku faham mengapa para pelajar tidak berminat hendak membaca majalah Dewan Siswa. Bosan sungguh... penat otak aku membacanya... merentas desa 10km pun aku tidak sepenat ini. Mengerjakan otak agar lebih aktif sememangnya lebih meletihkan daripada membuat senaman fizikal.

No comments: