Hari ini sudah genap sebulan engkau melanggarku lepas itu engkau berangkat begitu sahaja. Ingat lagi ke pada 31 Mei 2016. jam 10:45 pagi. Masa itu kereta pun tidak banyak, lampu isyarat di persimpangan Jalan Sultan Azlan Syah yang membelok kanan ke arah Jalan Tengah, baharu sahaja bertukar menjadi hijau. Kita berdua pun bukannya kereta yang berada di barisan pertama tetapi dalam baris keempat atau kelima. Lampu hijau, kalau nak bawa laju-laju pun tidak boleh.
Memang engkau ada di lorong yang paling kanan untuk membelok kanan. Aku pula ada di lorong tengah, juga untuk membelok kanan. Tatkala aku sedang membelok, aku terdengar bunyi tin kosong diremukkan. Macam ada orang yang sedang marah terhadap tin kosong Coca-Cola lalu dicacatkan dalam genggaman tangan. Aku terlihat kepala kereta engkau yang putih semerbak, bagai mata pedang yang terhunus, mencium terus punggung keretaku yang kelabu. Maklumlah aku sedang membelok, terpekik terlolong ibuku denganku dalam kereta. Kita tidak sehaluan, ya. Aku sudah berada di tengah jalan, kalau aku berhenti nanti padahnya lagi buruk apabila lampu bertukar hijau untuk lorong di seberang jalan. Engkau berhenti tidak sampai 10 saat tapi pada masa itu, malaikat yang melindungi kami membolehkan aku melihat nombor plat kereta engkau yang jelas terpampang, WCW 498. Pada mulanya, aku ingatkan WCW493, digit terakhir aku tidak dapat lihat dengan jelas sebab engkau tekan minyak, terus engkau meluru, nak berkejar ke neraka ke? Nasib baik tuan polis memeriksa dengan teliti untuk mendapatkan nombor plat yang sahih.
Hari itu ialah hari terakhir kami duduk di kawasan itu setelah lebih 3 dekad. Aku membesar di kawasan itu. Dari menjadi tanah terbiar selepas pesawah padi tidak mahu berkhidmat kepada tanah lagi, sehingga perubahan hari ini, perlukah engkau meninggalkan kenangan pahit buat hari terakhir kami duduk di situ? Anak panah yang sebesar pokok nyiur yang tumbang ada tercat dengan warna putih. Lorong tengah dan lorong kanan untuk belok kanan, tetapi kenapa engkau mesti memandu terus dan terus engkau menghentam keretaku. Di mana perginya kemanusiaan engkau?
Polis sudah hantar dua pucuk surat untuk memintamu membuat laporan polis tetapi engkau buat bodoh ya? Saman pun sudah dikeluarkan. Sekarang masih bulan Ramadhan, bulan yang mulia, tapi engkau perlakukan aku sebegini. Engkau langgar aku, engkau pun tidak memohon maaf pun engkau langsung tidak mahu bayar ganti rugi. Cacat keretaku dengan warna putih cat kereta engkau melekap di atasnya. Bagaikan kena penampar sampai tidak hilang-hilang bekas telapak tanganmu. Kenapa berpuasa sedangkan engkau tahu engkau sudah bersalah? Manusia lain tidak tahu apa yang engkau buat, tapi Tuhan itu Maha Esa, Maha Berkuasa, tidak takutkah engkau dengan Tuhan yang melihat segala-galanya?
Syawal bakal menjelang. Bagaimana engkau boleh sambut Raya dengan gembira sedangkan engkau sudah melakukan kesalahan? Tercoret sesuatu yang gelap dan hitam dalam hatimu. Tenangkah engkau tidur pada waktu malam? Aku tidak pernah dilanggar sebegini. Bagimu ini mungkin satu perkara kecil yang tidak perlu dipedulikan, masih manusiakah engkau? Aku tidak meminta apa-apa daripadamu, aku cuma berasa tidak adil. Semasa aku di balai polis, aku bagaikan orang yang bersalah apabila disoal dengan tegas. Aku mangsa. Aku langsung tidak balik ke rumah untuk berpindah, terus aku bawa keretaku ke balai polis Bayan Lepas. Balai polis pula sudah dirobohkan tetapi nasib baik, terjumpa pula dua orang polis yang sedang mencari nasi di Kafe Cargas, terus aku berhentikan kereta untuk bertanya ke mana hilangnya balai polis itu.
Engkau bawa kereta meluru terus pergi ke mana? Kalau naik terus ke Balik Pulau, tentu engkau nampak juga Balai Polis Balik Pulau yang tersergam indah, takkan pula balai polis itu tertutup dengan pokok durian? Susahkah engkau hendak pergi ke balai polis untuk memberitahu bahawa engkau bawa kereta silap lorong, hentam punggung kereta orang lepas itu bawa terus macam tiada hal yang berlaku. Kalaulah jantung kami tidak kuat, sudah terputus nyawa kami akibat terkejut yang teramat sangat.
Alamat rumahmu melekat di negeri Melaka. Melaka tiada balai polis untuk membuat laporan ke? Mungkin itu alamat lama engkau dan engkau yang sudah berpindah ke Pulau Pinang tidak ditukar-tukar lagi ke alamat baharu. Sementara masih bulan Ramadhan, perbetulkan hal ini bolehlah anda beraya dengan lebih gembira. Mudah sahaja, buat laporan polis, bayar saman sebab tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan bayar ganti rugi untuk kerosakan yang engkau lakukan. Bukannya suruh engkau meringkuk dalam penjara. Polis pun tak akan hantar orang kejar engkau. Susahkah hendak lakukan sesuatu yang betul? Aku masih percaya kepada sistem undang-undang negara ini. Aku juga percaya kepada Rukunegara Malaysia yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Aku percaya Tuhan nampak segala-galanya dan kalau ada pahala dalam melakukan sesuatu, ada juga balasan yang akan bergolek datang.
Salam hormat. Selamat berpuasa dan selamat Hari Raya Aidilfitri. Mungkin engkau akan terbaca luahan hatiku ini, mungkin juga tidak. Aku luahkan semua ini sebab engkau sudah membazir masa aku berulang-alik ke balai polis. Senangnya hidup engkau yang bersalah...

No comments:
Post a Comment