Mari... mari.... mari.... panas.... panas.... panas.... Kalau singgah ke Pulau Pinang, janganlah asyik bergayut di Padang Kota Lama untuk sepinggan mi sotong. Habis makan mi sotong, beratur naik ke Bukit Bendera pula untuk dimamah cahaya mentari yang terik. Tak habis-habis dua tempat itu.
Muat turun Waze ke Google map ke segala apa yang boleh memberitahu jalan mana untuk dibelok, ubah destinasi ke Jalan Pantai Jerjak 15, confirm tak akan sesat. Mi sotong tu makan petang sikit. Waktu tengah hari macam ni perlukan tenaga yang lebih untuk berjalan-jalan. Singgah ke gerai Ayam Golek Francis Light. Sambil tunggu ayam bergolek-golek, berpusing-pusing, anda boleh berdansa di sebelah padang kecil untuk mengeluarkan peluh. Kalau ayam tak siap bergolek lagi, belilah sekerat tembikai, betik atau jambu. Kan sihat hidup macam tu?
Ayam golek seekoq memang tak cukup makan. Seekoq duduk makan, seekoq bawa balik. Bau ayam golek akan melekat dalam kereta. Belum makan sudah terliur. Masuk dalam mulut, meletup segala rempah yang dilumur pada ayam itu. Kau akan sayang akan ayam golek tu. Sayang sangat nak makan ayam sahaja, masaklah nasi sendiri. Tapi tak makan nasi kan lebih sihat? Karbohidrat banyak sangat, nanti kencing manis. Ayam tu protein. Lemak pun cukup untuk memberi tenaga sepanjang hari.
Tunggu apa lagi? Telefonlah Encik Azam tu. Buat tempahan lebih awal, tak payahlah tunggu ayam bergolek-golek. Bagitau pukul berapa nak ambik ayam, berapa ekoq ayam nak lepas tu pi lah ambik terus. Tapi janganlah jadi orang yang tak berpegang kepada kata-kata. Ayam dah ditempah tapi ubah pula fikiran, menangis ayam-ayam itu, digolek tak tentu pasal.
Pulau Pinang ni kan terkenal dengan makanan. Ni tambah satu lagi dalam senarai bagi yang merentas desa dan mengharung lautan untuk mencari makanan made in Penang. Makan Ayam Golek Francis Light dulu, cukup tenaga pergi jalan-jalan kemudian baharulah pekena makanan yang lain. Confirm luar biasa Ayam Golek Francis Light ni... tak akan menyesal. Itu ayam golek yang saya tempah... kesian, terpaksa bergolek tak berteman, temannya semua sudah dibawa pulang oleh pelanggan lain...
No comments:
Post a Comment