Hi, motif aku menulis surat ini adalah untuk memberitahu awak sesuatu.
AKU MAHU PUTUSKAN HUBUNGAN KITA. Aku sudah fikir tentang ini masak-masak.
Aku tahu aku bertepuk sebelah tangan saja. Biar betul, aku sudah nampak engkau dengan perempuan itu di bandar dengan mata aku sendiri. Engkau balik-balik minta aku maafkan. Aku tidak caya engkau lagi!!! Engkau ini memang buaya darat.
Kawan aku kata engkau main kayu tiga... sekarang aku tahu engkau betul-betul main kayu tiga. Jadi, aku putuskan hubungan untuk tarik diri daripada cinta tiga segi ini. Aku tahu keputusan yang aku pilih ini sangat betul.. kerana engkau mencintainya lebih daripada aku. Jadi, aku putuskan untuk pergi jauh dari sini. Aku tidak mahu engkau bermain-main dengan hati aku. Aku sudah menangis sehingga tiada air mata cuma memikirkan engkau. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali... Selamat jalan...
Laugh die me reading this thing...
No comments:
Post a Comment